MAJLIS PERJUMPAAN DAN PENYAMPAIAN AMANAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT BERSAMA WARGA PARLIMEN BULAN MEI TAHUN 2024
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyempurnakan Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Amanat Yang di-Pertua Dewan Rakyat Bersama Warga Parlimen Bulan Mei Tahun 2024 di Dewan Bankuet, Blok Utama, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut berlangsung penyerahan Majlis Apresiasi Warga Parlimen Gemilang 2023 kepada pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia melibatkan seramai 27 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 10 orang penerima pula Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) serta diraikan 2 orang pegawai yang telah dan bakal bersara pada tahun 2024.

Antara intipati ucapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkata Parlimen Malaysia akan menggunakan tenaga solar dalam operasinya menjelang Jun tahun depan sebagai usaha ke arah masa depan yang lebih mampan.

Selain itu, ianya selaras dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dengan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR). Yang di-Pertua Dewan Rakyat turut mengingatkan kepada Warga Parlimen Malaysia sentiasa mempertingkatkan kemahiran dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya dapat membantu dalam menyebarluaskan peranan Parlimen Malaysia kepada masyarakat luar.

Terdapat kelainan pada majlis kali ini dimana pihak pengurusan dengan sukacitanya menyediakan beberapa Anugerah Khas Parlimen Malaysia Tahun 2023 sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan sumbangan pegawai dan kakitangan kepada Parlimen Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi dorangan dan pemangkin semangat kepada semua warga Parlimen Malaysia.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Tuan Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian (Pengurusan) dan YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
28 Mei 2024

Kredit foto: Adnan | Afifi | Daniel

Kemaskini terakhir pada: 11 Jun 2024 | Hits: 78

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my