MAKLUM BALAS SEPANJANG SESI PENDENGARAN AWAM IPCMC BAIK, MENGGALAKKAN
control 1control 2control 3
 
 
KOTA KINABALU, 10 Nov -- Maklum balas yang diterima sepanjang sesi pendengaran awam mengenai Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) yang berakhir di Sabah hari ini adalah baik dan menggalakkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Mengenai IPCMC, Ramkarpal Singh berkata maklum balas yang diterima semasa sesi pendengaran di Sarawak, Pulau Pinang, Johor yang bermula 26 Okt lepas dan berakhir di Sabah hari ini merangkumi pandangan yang menyokong serta memberi beberapa cadangan dan ada juga yang membantah penubuhan IPCMC.

"Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul maklum balas dari pelbagai pihak dan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta cadangan yang akan dikemukakan oleh pihak berkepentingan terhadap rang undang-undang ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sesi pendengaran awam IPCMC di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Dewan Rakyat merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, Datuk Roosme Hamzah.

Ramkarpal berkata, pihaknya perlu menghantar laporan sebelum atau pada 18 Nov ini sebelum ia dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat.

Antara yang terlibat menyertai sesi pendengaran awam itu adalah pihak polis, ahli akademik, peguam, persatuan-persatuan, dan beberapa wakil rakyat di Sabah. – BERNAMA

Last updated: 04 December 2019 | Hits: 1661

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Last Updated: 21/11/2024.
Best viewed 1024 x 768 with Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Copyright Reserved Parliament of Malaysia
Page generated in 0.044 seconds v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my