Jumaat, 20 September 2013 – Mesyuarat Penyelarasan Pra Persidangan Dewan Negara telah diadakan bermula pada jam 9 pagi di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara. Mesyuarat ini adalah sebagai persiapan awal untuk menghadapi Mesyuarat Dewan Negara yang bakal berlangsung bermula pada 7 hingga 10 Oktober 2013. Seramai lebih kurang 100 orang pegawai di peringkat kementerian dan agensi telah hadir di dalam mesyuarat ini.Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk menyelaras tindakan ke atas rang undang-undang dan pertanyaan – pertanyaan Ahli-ahli Dewan Negara.
Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Mesyuarat iaitu YBhg. Datuk Zamani Sulaiman . Seterusnya ialah pembentangan rang undang-undang, perbincangan draf Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Negara dan diakhiri dengan maklumbalas daripada wakil-wakil kementerian. Mesyuarat ini tamat kira –kira jam 1 petang.