Mesyuarat Penyelarasan Pra Persidangan Parlimen ke-14 dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat bertempat di Dewan Sementara, Parlimen Malaysia.
PARLIMEN MALAYSIA – Telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Pra Persidangan Parlimen Ke-14 untuk Pegawai Perhubungan Parlimen Peringkat Kementerian/Agensi bilangan 1, 2018. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi menyelaras tindakan ke atas Rang Undang-Undang, usul-usul dan pertanyaan Ahli-ahli Dewan Rakyat supaya Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 dapat berjalan dengan lancar.
Kemaskini terakhir pada: 16 Januari 2020 | Hits: 13357