MOHAMAD ALAMIN ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3

 

KUALA LUMPUR, 27 Februari -- Ahli Parlimen Kimanis yang baharu Datuk Mohamad Alamin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Mohamad, 47, daripada Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis selepas menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang, 18 Januari lepas.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mohamad Ariff mengucapkan tahniah kepada Mohamad atas kemenangan pada PRK itu.

"Semoga dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini serta seterusnya Ahli Yang Berhormat dapat berkhidmat dengan cemerlang. Tahniah diucapkan sekali lagi," katanya.

Sementara itu, Mohamad Ariff berkata persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 9 Mac ini bergantung kepada perkembangan situasi politik semasa.

"Bagaimanapun, persiapan bagi persidangan Dewan Rakyat seperti biasa,” katanya. -- BERNAMA


Kemaskini terakhir pada: 27 Februari 2020 | Hits: 1869

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/09/2022.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2022 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my