NIZAM MYDIN DILANTIK SETIAUSAHA DEWAN RAKYAT YANG BAHARU
control 1control 2control 3
 

KUALA LUMPUR, 14 Mei  -- Nizam Mydin Bacha Mydin dilantik sebagai Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu berkuat kuasa semalam, demikian diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau berkata bekas Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan dan Parlimen, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan di Jabatan Perdana Menteri(JPM) itu menggantikan Riduan Rahmat yang bertukar tugas sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Dewan Negara.

“Bagi pihak kerajaan dan Parlimen, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Riduan Rahmat atas segala khidmat dan sumbangan sepanjang memegang jawatan sebagai Setiausaha Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Yang Ke-13 sejak 22 Feb lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Berasal dari Selangor, Nizam Mydin, 45,  merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-undang dari Universiti Monash, Australia.

Beliau sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah Undang-undang pengkhususan dalam bidang Parlimen di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.

Nizam juga pernah berkhidmat sebagai peguam bela, peguam cara dan peguam syarie sebelum berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, JPM sejak 2005. -- BERNAMA


Kemaskini terakhir pada: 18 Mei 2020 | Hits: 16234

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my