NOTA KEPADA PENGARANG JEMPUTAN KE HARI TERBUKA PARLIMEN MALAYSIA 2023
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 


NOTA KEPADA PENGARANG

JEMPUTAN KE HARI TERBUKA PARLIMEN MALAYSIA 2023

  • PENYIAR RASMI
  • KETUA-KETUA PENGARANG MEDIA CETAK/ ELEKTRONIK/ONLINE

 

  1. Dimaklumkan bahawa Parlimen Malaysia akan menganjurkan Hari Terbuka Parlimen Malaysia pada 6 dan 7 Mei 2023 iaitu dijadualkan pada hari Sabtu dan Ahad bermula pada jam 9:00 pagi sehingga jam 5:00 petang bertempat di perkarangan Kompleks Parlimen Malaysia dengan tema ‘Merakyatkan Parlimen, Warisan Negara’. ​​​​​​​
  2. Sehubungan dengan itu, pihak agensi-agensi media yang berdaftar dan diperakui serta mempunyai Kad Perakuan Media oleh Jabatan Penerangan Malaysia yang dibenarkan untuk membuat liputan secara fizikal di Kompleks Parlimen Malaysia sepanjang program berlangsung.
  3. Hari Terbuka Parlimen Malaysia akan dirasmikan pada 6 Mei 2023 (Sabtu) jam 9.30 pagi oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara seterusnya melancarkan sebuah buku bertajuk “Parliament of Malaysia: Pillar of the Nation’s Democracy”.
  4. Semua pengamal media digalakkan menaiki pengangkutan awam. Perkhidmatan bas RapidKL disediakan secara percuma dari Kuala Lumpur Sentral ke Parlimen Malaysia. Bagi menaiki kenderaan persendirian pula, boleh meletakkan kenderaan di parkir Taman Botani, Tugu Negara dan Padang Merbok (perkhidmatan shuttle Bas Parlimen disediakan).
  5. Kod pakaian hendaklah kemas dan sopan.
  6. Segala maklumat dan tentatif program Hari Terbuka Parlimen Malaysia boleh didapatkan di laman sesawang www.parlimen.gov.my dan di media sosial Parlimen Malaysia.

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI

PARLIMEN MALAYSIA

3 MEI 2023


Kemaskini terakhir pada: 4 Mei 2023 | Hits: 4434

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 03/05/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.024 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my