JEMPUTAN MEDIA KE
LAWATAN KERJA
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH
- Sukacita dimaklumkan bahawa Parlimen Malaysia akan mengadakan Lawatan Kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke Dewan Undangan Negeri Kedah. Lawatan ini bagi membincangkan berkaitan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 yang akan diadakan pada September di Negeri Sarawak.
- Sesi sidang media YB Tan Sri (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama YB Encik Zubir bin Ahmad, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 7 Ogos 2024 (Rabu)
Masa : 12.50 tengah hari
Lokasi : Dewan Undangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Star, Kedah.
- Sehubungan itu, tuan/ puan atau wakil media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan pada sesi sidang media program tersebut. Untuk pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Puan Shaira Amira Jamal Abdul Nasir di talian 014-310 7239 dan Encik Mohd Dzikrullah Junus di talian 019-922 1418.
- Sekian, terima kasih.
PARLIMEN MALAYSIA
30 JULAI 2024