- Sukacita dimaklumkan bahawa Parlimen Malaysia akan mengadakan Lawatan Kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke Dewan Undangan Negeri Perlis. Lawatan ini bagi membincangkan berkaitan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 yang akan diadakan pada September di Negeri Sarawak.
- Sesi sidang media YB Tan Sri (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Ogos 2024 (Khamis)
Masa : 1.00 petang
Lokasi : Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri, Aras 4, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan,
01000 Kangar, Perlis.
- Sehubungan itu, tuan/ puan atau wakil media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan pada sesi sidang media program tersebut. Untuk pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Puan Shaira Amira Jamal Abdul Nasir di talian 014-310 7239 dan Encik Mohd Dzikrullah Junus di talian 019-922 1418.
- Sekian, terima kasih.
PARLIMEN MALAYSIA
30 JULAI 2024