JEMPUTAN MEDIA KE
PROGRAM HI-TEA DAN PENYERAHAN 30 KOMPUTER RIBA YANG DIAPLIKASIKAN “NON VISUAL LAPTOP”
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Keharmonian Kuala Lumpur Yang dinaungi oleh YB Dato’ Dr. Ramli Din Dato’ Mohd Nor (Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat) akan mengadakan satu program Hi-Tea dan Penyerahan 30 Komputer Riba yang diaplikasikan “Non-Visual Laptop” yang akan dirasmikan oleh YB Senator Tuan Amir Bin Haji Md Ghazali kepada pelajar-pelajar orang buta dari Universiti Awam dan Swasta.
- Masa dan tempat seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 26 September 2024 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Dewan Persatuan Orang Buta Malaysia
(Malaysia Association for the blind)
Brickfield, Kuala Lumpur.
- Sehubungan itu, tuan/ puan atau wakil media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan pada program tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi En. Mohd Hanafi Abdul Mutalib (pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat) di talian 018-6687176 dan Setiausaha kerja Dato’ Zainudin Yahya di talian 013-5858582.
Sekian, terima kasih.
PARLIMEN MALAYSIA
25 SEPTEMBER 2024