JEMPUTAN MEDIA KE
- Sukacita dimaklumkan bahawa Parlimen Malaysia akan mengadakan Program Libat Urus Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Rakyat Bersama Pengamal Media. Program libat urus ini bertujuan untuk memastikan wartawan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat, seimbang, dan menyeluruh kepada masyarakat, serta untuk memupuk hubungan yang lebih baik antara media dan institusi Parlimen.
- Program ini akan turut dihadiri oleh YB Tan Sri (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama YBhg. Datuk Profesor Madya Shamrahayu Ab. Aziz, Pensyarah Undang-undang dan Pakar Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 September 2024 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Lokasi : Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia
Atur cara : Seperti Lampiran A
- Sehubungan itu, tuan/ puan atau wakil media adalah dijemput hadir ke Program Libat Urus tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh hubungi Encik Mohd Dzikrullah Junus di talian 019-922 1418.
- Pihak media boleh membuat pengesahan kehadiran melalui pautan yang telah disediakan https://forms.gle/ep6JhmqNwFB5hBwB8
- Sekian, terima kasih.
PARLIMEN MALAYSIA
13 SEPTEMBER 2024
LAMPIRAN A
TENTATIF PROGRAM LIBAT URUS MESYUARAT KETIGA SIDANG DEWAN RAKYAT BERSAMA PENGAMAL MEDIA
25 SEPTEMBER 2024 (RABU)
LOKASI: DEWAN BANQUET, BLOK UTAMA, PARLIMEN MALAYSIA
8.30 pagi
|
|
9.00 pagi
|
- Ketibaan dif-dif kehormat
- Lagu Negaraku
- Ucapan oleh YBhg. Dato' Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia
|
9.30 pagi
|
- Parlimen Malaysia dan Perlembagaan Negara: Isu dan Cabaran oleh YBhg. Datuk Profesor Madya Shamrahayu Ab. Aziz, Pensyarah Undang-undang dan Pakar Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
|
11.20 pagi
|
|
11.30 pagi
|
- Penerangan Urusan Perjalanan Dewan Rakyat oleh YBrs. Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat
|
1.00 petang
|
|
2.00 petang
|
- Penerangan Perihal Logistik Media di Parlimen Malaysia oleh YBrs. Encik Mohd Dzikrullah bin Junus, Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat
|
3.30 petang
|
- Ucapan penutup oleh YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
|
3.40 petang
|
- Sesi Penyampaian Cenderamata dan fotografi
|
4.00 petang
|
|