PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
NOTA KEPADA PENGARANG
SEMINAR SETENGAH HARI JUBLI EMAS HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA – REPUBLIK RAKYAT CHINA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Parlimen Malaysia akan menganjurkan Seminar Setengah Hari Jubli Emas Hubungan Diplomatik Malaysia – Republik Rakyat China seperti ketetapan berikut ;-
Tarikh : 30 Mei 2024 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Taklimat, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia
3. Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara. Bersama ini disertakan poster dan aturcara majlis untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.
4. Sehubungan itu, rakan media dijemput hadir ke majlis ini. Kehadiran dan kerjasama rakan media amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
PARLIMEN MALAYSIA
29 MEI 2024
Kemaskini terakhir pada: 29 Mei 2024 | Hits: 2010