NOTA KEPADA PENGARANG SIDANG MEDIA KEPENGERUSIAN PARLIMEN MALAYSIA DALAM PERHIMPUNAN ANTARA PARLIMEN ASEAN (AIPA) DAN LAWATAN RASMI YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE VIETNAM
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 


NOTA KEPADA PENGARANG

 

JEMPUTAN MEDIA KE

 

SIDANG MEDIA KEPENGERUSIAN PARLIMEN MALAYSIA DALAM PERHIMPUNAN ANTARA PARLIMEN ASEAN (AIPA) DAN LAWATAN RASMI YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE VIETNAM
 

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia akan mengambil alih kepengerusian Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada tahun 2025. Sebagai usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan antara negara-negara ASEAN, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia telah mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam pada 23 hingga 25 Oktober 2024 untuk bertemu dengan TYT Phạm Minh Chính, Perdana Menteri Vietnam, rakan sejawat beliau, TYT Tranh Tân Mạnh serta TYT Tô Lâm, Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam.

 

  1. Sehubungan itu, suatu sesi sidang media YB Tan Sri (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di- Pertua Dewan Rakyat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh          : 28 Oktober 2024 (Isnin) Masa : 12.00 tengah hari

Lokasi          : Pusat Media, Parlimen Malaysia

 

  1. Sehubungan itu, tuan/ puan atau wakil media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan pada sesi sidang media program tersebut. Untuk pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Puan Shaira Amira Jamal Abdul Nasir di talian 014-310 7239 dan Encik Mohd Dzikrullah Junus di talian 019-922 1418.

 

  1. Sekian, terima kasih.

 

PARLIMEN MALAYSIA 24 OKTOBER 2024


Kemaskini terakhir pada: 30 Oktober 2024 | Hits: 832

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/12/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my