PARLIMEN: AZHAR HARUN DIPILIH YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3

KUALA LUMPUR, 13 Julai  -- Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Datuk Azhar Azizan Harun dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10 hari ini.

Azhar, 58,  merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan pencalonan Azhar mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Tiada undi diadakan memandangkan hanya satu nama dicadangkan.

Usul itu dibentang Perdana Menteri selepas usul pertamanya supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat sedia ada Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya diluluskan selepas menerima sokongan 111 undi berbanding 109 undi.

Seorang Ahli Parlimen tidak hadir manakala seorang lagi berkecuali.

"Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Azhar Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih," kata Muhyiddin.

Azhar sebelum ini dilantik sebagai pengerusi SPR pada 21 Sept 2018 menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau meletakkan jawatan pengerusi SPR pada 29 Jun. -- BERNAMA


Kemaskini Terakhir pada: 17 Julai 2020 | Hits: 381

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 13/08/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my