PROJEK PEMBANGUNAN FASA 2B
control 1control 2control 3
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA (FASA 2B) (TIDAK TERMASUK SKOP ICT) :  KERJA-KERJA NAIKTARAF DAN BAIKPULIH BLOK UTAMA SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN.

*MAKLUMAT ASAS KONTRAK FASA 2B (TIDAK TERMASUK SKOP ICT)

Klik disini untuk maklumat lanjut.


*MAJLIS PENYERAHAN PROJEK FASA 2B
Klik disini untuk maklumat lanjut.
 

Majlis Penyerahan Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Bangunan Parlimen Malaysia (Fasa 2B) Tidak Termasuk Skop ICT telah disempurnakan pada hari Rabu, 20 Disember 2017 di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia.  Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Kamaluddin bin Hj. Abd Rashid kepada wakil Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman selaku Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Kerja-kerja baikpulih telah dijalankan secara berfasa dan Fasa 2B ini adalah antara yang telah dirancang untuk memastikan bangunan warisan ini kekal relevan untuk 50 tahun akan datang. Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman dengan kos hampir RM 191 juta. Kontraktor utama, Trans Resources Corporation Sdn. Bhd telah dilantik melalui perolehan secara Tender Terbuka Pra-Kelayakan secara Pakej.  Pembinaan telah dimulakan pada 1 Ogos 2014 dan telah disiapkan secara berperingkat pada 28 Februari 2017 dan 31 Mac 2017.  Keseluruhan skop projek telah disiapkan pada 31 Julai 2017 selepas 3 lanjutan masa diberikan.

Projek ini adalah unik kerana ia melibatkan kerja-kerja konservasi dan pemuliharaan sebuah bangunan lama, sebelum kemasan dan sistem peralatan M&E baru dapat disediakan bagi memenuhi keperluan terkini institusi Parlimen.

Antara skop projek dalam Fasa 2B ini adalah:

a) Membina blok sementara bagi menempatkan pelbagai bahagian di Parlimen semasa blok utama diubahsuai;
b) Menaiktaraf Dataran Parlimen bagi menyediakan fasiliti yang kondusif semasa upacara perasmian atau sambutan tetamu negara;
c) Kerja-kerja pengukuhan struktur bagi memastikan integriti struktur sedia ada terjamin;
d) Kerja-kerja senibina dan hiasan dalaman untuk memenuhi keperluan statutori dan kehendak ruang terkini serta menggambarkan imej serta status Parlimen terkini;
e) Kerja-kerja konservasi bagi mengembalikan ciri-ciri asal rekabentuk beberapa komponen pada tahun 1963; dan
f) Kerja-kerja naiktaraf peralatan mekanikal dan elektrik menggunakan teknologi terkini agar sejajar dengan kehendak teknikal masa hadapan






 

Kemaskini Terakhir pada: 19 September 2018 | Hits: 8557

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 26/11/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my