YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur, 2 November – YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2019 dihadapan YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertempat di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Secara dasarnya Belanjawan 2019 adalah bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” di mana ianya memberi tiga fokus utama dengan 12 strategi penting bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.
Tiga fokus utama yang ditekankan menerusi Sesi Pembentangan Belanjawan 2019 adalah :
Dalam pada itu, 12 strategi utama yang diketengahkan menerusi Sesi Pembentangan Belanjawan 2019 adalah :
Memperkukuh pengurusan fiskal
Menstruktur semula dan merasionalisasi hutang kerajaan
Meningkat hasil kerajaan
Menjamin kebajikan dan kualiti hidup
Meningkat peluang pekerjaan dan kebolehpasaran
Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial
Meningkatkan pendapatan boleh guna
Pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik
Mencetuskan kuasa ekonomi baharu
Merebut peluang dalam menghadapi cabaran global
Mendefinisi semula peranan kerajaan dalam perniagaan
Memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan
Belanjawan 2019 akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion peruntukan pada tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion lagi adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Peruntukan ini tidak termasuk Simpanan Luar Jangka berjumlah RM2 bilion.
Kemaskini terakhir pada: 23 November 2018 | Hits: 19954