Kuala Lumpur : 14 Disember 2021 (Selasa) - Vaksinasi COVID-19 Dos Penggalak (Booster Dose) telah diberikan kepada kakitangan serta pihak kontraktor yang bertugas di Parlimen Malaysia hari ini, program dilaksanakan di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia melalui inisiatif Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), bagi memastikan perjalanan Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara berjalan lancar.
Menurut KKM dos penggalak diberikan untuk meningkatkan tahap imunisasi yang mungkin akan menurun dalam tempoh tertentu selepas mendapat dos lengkap serta bertujuan bagi memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19. – BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
SILA KLIK LINK TERSEBUT UNTUK KOLEKSI GAMBAR https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1434&time=2
Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2007