Majlis Serah Tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)
control 1control 2control 3
Selasa, 4 Jun 2013- Satu Majlis Penyerahan Tugas di antara Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim telah diadakan di Parlimen Malaysia . 
 
Di dalam majlis itu, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri telah menyerahkan nota serah terima tugas kepada pengganti beliau, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim yang kini bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal Parlimen Malaysia.
 


YB Dato’ Seri Mohamed Nazri pula memegang portfolio sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Turut hadir di dalam majlis itu ialah YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat bersama pegawai-pegawai Parlimen Malaysia dan wakil-wakil media.
 
Selesai majlis tersebut, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim juga turut meluangkan masa kira-kira sejam untuk menghadiri Perjumpaan Khas bersama warga Parlimen dan beliau juga berkesempatan memberikan ucapan ringkas.  Di hujung majlis,  YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim juga berpeluang untuk beramah-mesra dengan warga Parlimen Malaysia. Majlis tersebut tamat kira-kira jam 4.30 petang.


Kemaskini terakhir pada: 6 Jun 2013 | Hits: 15705

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 10/02/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my