YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama delegasi dari Majlis Ekonomi dan Sosial China yang akan diketuai oleh TYT Zhang Qingli, Timbalan Pengerusi 12th And 13th National Committee of the Chinese People's Political Consultative Conference & Pengerusi China Economic and Social Council (CESC) di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir TYT Quyang Yujing, Duta Besar China ke Malaysia dan YB Tuan Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Petaling Jaya dan YB Kerk Chee Yee, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
19 April 2024
Kredit foto: Julie
Kemaskini terakhir pada: 19 April 2024 | Hits: 247