PERTEMUAN ANTARA YANG TERAMAT MULIA TUNKU TEMENGGONG KEDAH BERSAMA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3
Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah berkenan untuk mengadakan pertemuan bersama YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia hari ini.

YTM Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia berkenan meluangkan masa untuk memberikan penerangan peranan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di dalam perkara yang melibatkan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA).

Untuk makluman, YTM Tunku Temenggong Kedah akan menghadiri sesi taklimat mengenai (UUKA) oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa Ïnternational Committee Of The Red Cross”(ICRC) dan BSMM bersempena ulang tahun ke-75 Konvensyen Geneva.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
11 Julai 2024

Kredit foto: Julie

Kemaskini terakhir pada: 12 Julai 2024 | Hits: 172

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 15/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my