PERTEMUAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT BERSAMA SPEAKER MAJLIS SYURA KERAJAAN ARAB SAUDI
control 1control 2control 3

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, telah mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi baru-baru ini, di mana beliau bertemu dengan rakan sejawatnya, Speaker Majlis Syura Kerajaan Arab Saudi, Sheikh Dr. Abdullah bin Mohammed bin Ibrahim Al Sheikh.

 

Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan diplomatik dan mempererat kerjasama antara Parlimen Malaysia dan Majlis Syura Arab Saudi. Perbincangan tertumpu kepada usaha mempertingkatkan hubungan dua hala dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan pertukaran budaya, selaras dengan aspirasi kedua-dua negara untuk memperkasa kerjasama di peringkat global dan serantau.

 

Selain itu, Tan Sri Johari turut membincangkan persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, dengan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dengan negara-negara sahabat, termasuk Arab Saudi, dalam menjayakan kepengerusian tersebut. Beliau menekankan kepentingan hubungan erat dengan Arab Saudi dalam usaha memperkasa peranan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh dan sebagai suara yang menyatukan dunia Islam.

 

Dalam rangka lawatan itu, Tan Sri Johari melawat Pameran Antarabangsa dan Muzium Biografi Nabi dan Tamadun Islam, serta At Turaif, tapak warisan dunia UNESCO di Ad Diriyah, yang merupakan ibu kota pertama Kerajaan Arab Saudi sehingga 1818. Beliau juga mengadakan sesi pertemuan bersama diaspora Malaysia di Riyadh untuk mendengar pandangan serta berkongsi perkembangan terkini negara, sambil menekankan peranan penting rakyat Malaysia di luar negara sebagai duta kecil yang membawa nama baik negara di peringkat antarabangsa.

 

Lawatan rasmi ini melambangkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dengan Kerajaan Arab Saudi, serta memperluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang yang dapat membawa manfaat kepada kedua-dua negara dan umat Islam sejagat.

Sumber: Bernama

 

Bahagian Komunikasi Korporat

Parlimen Malaysia

 

Kredit Foto: Arjunna Putra


Kemaskini terakhir pada: 9 Januari 2025 | Hits: 957

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 15/01/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my