PROGRAM ADVANCED PARLIAMENTARY DEVELOPMENT RESIDENCY PERSATUAN PARLIMEN KOMANWEL (CPA)
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyampaikan ucapan pada majlis bagi meraikan peserta program Advanced Parliamentary Development Residency Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen Malaysia semalam.

Dalam ucapan, beliau berkata sebagai Ahli Parlimen perlu berusaha meningkatkan kemahiran dan kepakaran bagi mencadangkan dan melaksanakan dasar yang memenuhi keperluan rakyat.

Program ini dapat memberi peluang untuk erkongsi pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam konteks aktiviti parlimen, cabaran tadbir urus dan amalan perundangan terbaik dari seluruh Komanwel.

Sementara itu, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Setiausaha Kehormat CPA Malaysia dalam ucapannya menekankan Ahli Parlimen perlu menilai kerumitan dan kepakaran yang diperlukan untuk menguruskan teknologi baharu secara bertanggungjawab dan beretika.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Sebanyak 30 Ahli Parlimen dari negara Komanwel termasuk Malaysia, menyertai program berkenaan yang diadakan bermula hari ini hingga 28 September 2024.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
23 September 2024

Kredit Foto: Julie | Arjunna Putra

Kemaskini terakhir pada: 26 September 2024 | Hits: 2801

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 16/10/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my