PROGRAM JANGKAUAN LUAR “BUDI MEMBENTUK TAMADUN DALAM MASYARAKAT MADANI”
control 1control 2control 3
Program Jangkauan Luar “Budi Membentuk Tamadun Dalam Masyarakat Madani” yang telah berlangsung pada 27 Mei 2023 lalu di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia. Program ini merupakan usaha sama antara YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan B Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Objektif penganjuran ialah sebagai wadah percambahan buah fikiran antara tokoh-tokoh terbilang dalam kalangan rakyat mengenai kepentingan membangun negara dan masyarakat yang penuh bertanggungjawab serta memainkan peranan yang positif dalam agenda menjunjung nilai, moral, akhlak dan etika.

Program telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YB Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Seterusnya, forum yang dikendalikan oleh YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara bersama panel jemputan YBhg. Dato’ Dr. Afifi al-Akiti, Pensyarah dari Universiti Oxford dan YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang.

Antara yang hadir memeriahkan program ialah YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Encik Riduan bin Rahmat, Setiausaha Bahagian (Pengurusan), YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat dan Encik Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Hazirah

Parlimen Malaysia
27 Mei 2023

Kemaskini terakhir pada: 31 Mei 2023 | Hits: 1223

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my