KATALOG BUKU PERPUSTAKAAN PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
 
PENGUMUMAN 1. Perpustakaan Parlimen Malaysia adalah satu pusat kecemerlangan rujukan dalam urusan perundangan, parlimen, pentadbiran kerajaan dan pentadbiran awam bagi menyokong keperluan penyelidikan Ahli-ahli Parlimen Malaysia dan kakitangan Parlimen Malaysia ke arah pembelajaran sepanjang hayat .2. Pengumuman 2............

Perpustakaan Parlimen Malaysia adalah satu pusat kecemerlangan rujukan dalam urusan perundangan, parlimen, pentadbiran kerajaan dan pentadbiran awam bagi menyokong keperluan penyelidikan Ahli-ahli Parlimen Malaysia dan kakitangan Parlimen Malaysia ke arah pembelajaran sepanjang hayat . Justeru, Perpustakaan Parlimen Malaysia berusaha memantapkan perkhidmatan dan sumber rujukannya bagi meningkatkan penjanaan maklumat dan ilmu supaya dapat memberi perkhidmatan yang proaktif setimpal dengan kehendak pelanggan.

Penggunaan Perpustakaan Parlimen Malaysia ini terhad kepada Ahli-ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen Malaysia sahaja. Pengguna luar yang ingin menggunakan Perpustakaan Parlimen perlu memohon kepada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia di alamat :
 

Ketua Pentadbir
Parlimen Malaysia
Perpustakaan
Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen
50680 KUALA LUMPUR
Faks : 03-2026 0914
Emel : perpustakaan@parlimen.gov.my

1. Peminjaman dan Rujukan
  • Koleksi Terbitan Parlimen 
  • Koleksi Perundangan Malaysia
  • Koleksi Monograf (Buku)
  • Koleksi Jurnal
  • Keratan Akhbar
 

Dokumen Parlimen merangkumi bahan-bahan yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia di dalam urusan perundangan seperti:

  • Penyata Rasmi Dewan Negara dan Dewan Rakyat (Hansard)
  • Aturan Urusan Mesyuarat (AUM)
  • Undi-undi Perjalanan Mesyuarat
  • Rang Undang-Undang
  • Kertas Statut
  • Kertas Perintah 
  • Laporan Jawatankuasa-Jawatankuasa
 
Koleksi ini merangkumi sumber utama dan sumber sekunder Undang-undang Malaysia yang terdiri daripada:
  • Perundangan Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
  • Perundangan subsidiari
  • Akta-akta
  • Akta Pindaan
  • Enakmen
  • Ordinan
  • P.U.(A)
  • P.U.(B)
  • Warta Kerajaan
Koleksi terbesar di Perpustakaan Parlimen Malaysia ialah koleksi monograf yang meliputi pelbagai bidang seperti perundangan, perlembagaan, politik, sejarah, pentadbiran kerajaan, koleksi dari institusi parlimen luar negara, tokoh-tokoh politik, pilihan raya, parti-parti politik dan lain-lain koleksi yang berkaitan dengan fungsi Parlimen Malaysia.

KOLEKSI MONOGRAF (BUKU) TERKINI
Untuk paparan tajuk dan imej buku sila klik "di sini" Perpustakaan Parlimen Malaysia melanggan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan isu-isu semasa dari dalam dan luar negara. Selain itu, Perpustakaan Parlimen turut menerima lain-lain bahan penerbitan dari jabatan/agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta institusi dalam dan luar negara. Antara koleksi Jurnal yang terdapat di Perpustakaan Parlimen adalah seperti berikut:


Koleksi ini terdiri daripada keratan-keratan akhbar mengenai isu-isu Parlimen Malaysia yang dikeluarkan dalam surat khabar tempatan dalam bentuk digital dan secara konvensional.
  1. Pelawat / Pengguna dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan selepas mendapat  kelulusan rasmi dari Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
  2. Pelawat / pengguna mestilah memakai pakaian yang sopan dan rasmi. Pemakaian selipar dan seluar jeans adalah tidak dibenarkan. 
  3. Semua pelawat / pengguna mestilah mempamerkan Pas Pelawat.
  4. Pengguna perpustakaan dari agensi bukan kerajaan akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM30 sehari dan 20 sen bagi setiap salinan yang dibuat. Pengguna dari agensi bukan kerajaan juga tidak dibenarkan untuk meminjam koleksi perpustakaan.
  5. Pelawat / Pengguna perpustakaan diminta untuk meletakkan buku yang telah digunakan di troli yang disediakan. 
  6. Alat eletronik seperti walkman dan alat pengimbas tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
  7. Pegawai Kerajaan yang bertugas perlu membawa computer riba sendiri dan tidak dibenarkan menggunakan Bilik Teknologi Maklumat. Semua keperluan untuk mencetak perlu diajukan ke Bilik Urusetia. 
  8. Pegawai Kerajaan yang bertugas tidak dibenarkan meminjam koleksi perpustakaan dan akan dikenakan caj sebanyak 20 sen bagi setiap salinan. 
  9. Semua bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam mesti dipulangkan. Peminjam akan diberi tiga notis untuk memulangkan buku yang dipinjam selepas tarikh pemulangan tamat. Jika peminjam masih tidak memulangkan buku pinjaman, peminjam akan diberi notis keempat untuk membayar harga buku yang dipinjam dan perlu dibayar ke Cawangan Kewangan. Jika bayaran tidak diterima dalam masa 2 minggu selepas notis keempat, surat akan dipanjangkan kepada Cawangan Kewangan untuk memotong gaji peminjam. 
  10. Dilarang merokok, makan dan minum di dalam kawasan perpustakaan.
  11. Beg, topi keledar dan payung mestilah ditinggalkan di kaunter.
  12. Dilarang mencuri dan merosakkan harta perpustakaan.
  13. Kakitangan perpustakaan mempunyai kuasa untuk melarang sesiapa daripada menggunakan perpustakaan. 
  14. Pihak pengurusan perpustakaan mempunyai hak untuk menukar peraturan perpustakaan bila-bila masa difikirkan perlu.
 

Hari Berkerja

Isnin Hingga Khamis: 8.00 pagi - 4.00 petang

Jumaat : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.45 petang - 4.00 petang

 

Semasa Dewan Bersidang

Isnin Hingga Khamis: 8.00 pagi sehingga Dewan ditangguhkan

Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

 

ALAMAT PERPUSTAKAAN PARLIMEN MALAYSIA


Perpustakaan Parlimen Malaysia
Bangunan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon: 603 – 2601 7402 / 7386 / 7371 / 7195
Faks: 603 – 2026 0914
Emel: perpustakaan@parlimen.gov.my


 

 


Kemaskini Terakhir pada: 10 Disember 2019 | Hits: 15917

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 23/05/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.026 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my