RERUAI PARLIMEN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL TANAH PAHANG 2024 PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS
control 1control 2control 3
Majlis Perasmian Penutup Karnival Tanah Pahang 2024 Peringkat Daerah Cameron Highlands telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Encik Kamarul Iskandar Nordin di Dataran Parkir Awam MDCH di Tanah Rata hari ini.

Pada hari kedua reruai Parlimen Malaysia turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat serta pelancong asing yang singgah sejak awal pagi lagi.

Pihak Parlimen Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada masyarakat Cameron Highlands atas sokongan yang luar biasa.

Encik Kamarul Iskandar turut hadir ke reruai Parlimen sambil diberikan penerangan oleh Encik Mohd Dzikirullah bin Junus, Setiausaha Bahagian, Bahagian Komunikasi Koporat, Parlimen Malaysia.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata ,YB Ho Chi Yang; Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang (Bahagian Pendaftaran), Puan Siti Nor Rafidah Saiman; YDP Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Azmil Hadid Maznan dan En. Muhammad Haziq Mohd Rohir, Setiausaha Sulit kanan kepada YB Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
15 Ogos 2024

kredit foto: Adnan

Kemaskini terakhir pada: 20 Ogos 2024 | Hits: 159

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/09/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.015 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my