SESI “LUNCHEON TALK” YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT BERSAMA PESERTA PROGRAM MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL (MFLS) TIER 3
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah bersama peserta program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 melibatkan seramai 150 orang dalam sesi “Luncheon Talk” bertempat di Bilik Taklimat, Blok Utama, Bangunan Parlimen semalam.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau kepada para peserta sebagai pembakar semangat sebagai pemimpin muda dalam pengembaraan mereka untuk menjadi pendukung aspirasi negara.

Turut hadir bersama dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan, Pejabat Perdana Menteri.

Peserta juga berpeluang menyaksikan Dewan Negara dan Dewan Rakyat
ketika sesi lawatan berpandu dengan diberikan penerangan oleh Pegawai Bahagian Komunikasi Korporat, Parlimen Malaysia.

YBrs. Tuan Amisyahrizan bin Amir Khan, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat telah mempengerusikan sesi perbahasan bersama peserta MFLS sebagai asas persediaan mengharungi cabaran sebagai seorang pemimpin berkaliber.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
21 Mei 2024

Kredit Foto: Ahmad Afifi | Daniel

Kemaskini terakhir pada: 21 Mei 2024 | Hits: 8228

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my