PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
SIARAN MEDIA
KUALA LUMPUR, 27 November-- Seramai 15 orang pakar akademik dalam bidang ekonomi daripada universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta telah dilantik sebagai pakar rujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen Malaysia Kelima Belas (JKPKKE).
Pelantikan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, serta Pengerusi JKPKKE, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pakar Rujuk JKPKKE.
Menerusi watikah itu, pakar-pakar rujuk akan bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan rujukan kepada JKPKKE dalam hal ehwal berkaitan ekonomi dan kewangan.
Penerima watikah telah disyorkan oleh Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi berdasarkan pengalaman luas mereka dalam bidang kewangan dan ekonomi, pelaburan dan perdagangan antarabangsa, rantaian nilai global, pembangunan ekonomi dan ekonometrik.
Bercakap dalam Majlis Penyerahan Watikah yang berlangsung pada pagi ini, YB Tan Sri Johari mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli akademik yang telah dilantik dan menyatakan harapan agar peranan JKPKKE akan lebih diperkasakan melalui nasihat dan pandangan yang diberikan oleh pakar rujuk.
“JKPKKE merupakan salah satu daripada mekanisme badan perundangan yang signifikan dan saling melengkapi kepada badan eksekutif. Ini selaras dengan pemerkasaan instrumen legislatif yang merupakan antara agenda penting dalam Reformasi Parlimen. Harapan saya agar inisiatif kolaborasi di antara Parlimen Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi ini dapat meningkatkan keberkesanan dan meningkatkan kewibawaan Jawatankuasa Pilihan (JKPK) dalam menjalankan proses semak dan imbang terhadap badan eksekutif,” kata YB Tan Sri Johari dalam ucapan perasmiannya.
Terdahulu, terdapat 10 JKPK yang telah dilantik dengan perintah Dewan Rakyat bagiParlimen ke-15 sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kementerian- kementerian, membantu menambah baik urusan kementerian-kementerian mencari jalan penyelesaian bersama terhadap isu kepentingan rakyat serta membawa usul untuk perbincangan dan perbahasan yang lebih lanjut dalam Dewan Rakyat. 10 Ahli Dewan Rakyat daripada kalangan backbenchers dan pembangkang telah dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa-jawatankuasa ini.
Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11 Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462
En. Mohd Dzikrullah bin Junus
Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Parlimen MalaysiaEmel: dzikrullah@parlimen.gov.my | Tel: +603-2603 6802
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
KEPAKARAN |
UNIVERSITI / ORGANISASI |
INSTITUSI |
A. UNIVERSITI AWAM (UA) |
|||||
1. |
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali |
Profesor |
Monetary & Financial Economics, Development and Advancement Policy, Leadership and Public Management |
Pengarah Institut Pembangunan Dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA- UKM) UKM-Graduate School of Business (UKM-GSB) Universiti Kebangsaan Malaysia nag@ukm.edu.my / pghminda@ukm.edu.my |
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
2. |
Profesor Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah |
Profesor |
Accounting Standards / Financial Accounting / Islamic Accounting / Taxation / Zakat Accounting |
Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) |
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) |
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
KEPAKARAN |
UNIVERSITI / ORGANISASI |
INSTITUSI |
3. |
Prof. Dr. Asan Ali Bin Golam Hassan @ Mohammad |
Profesor |
Economic Planning, Growth and Development, Macroeconomic indicators and policy, Regional Disparities, Income Inequality, and Poverty, Demographic/spatial, rural and urban impact assessmen, Rehabilitation/resettlement and Indigenous Studies |
Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim Universiti Teknologi Malaysia asanali@utm.my |
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) |
4. |
Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail |
Profesor |
Community Development / Economic Empowerment / Community Mapping / Pro-poorness Policy / Communiy Empowerment |
Pengarah Institut Penyelidikan & Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) Universiti Malaysia Kelantan, waamirzal@umk.edu.my |
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) |
5. |
Prof. Madya Dr. Andrew Kam Jia Yi |
Prof. Madya |
Global Value Chains / Global Production Networks; International Trade and FDI; Industrial Economics /Econometrics; Productivity Studies; Digitalization; Food Security |
Ketua Pusat Pusat Kajian Amerika Latin (iKAL) Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia andrew@ukm.edu.my |
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
KEPAKARAN |
UNIVERSITI / ORGANISASI |
INSTITUSI |
6. |
Profesor Dr. Evelyn S. Devadason |
Profesor |
International Trade and Economics |
Jabatan Ekonomi Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya evelyns@um.edu.my |
Universiti Malaya (UM) |
7. |
Profesor Kehormat Dr. Fatimah Kari |
Profesor Kehormat |
Trade And Environment, Microeconomics, Macroeconomics, International Trade, Environmental And Resource Economics |
Jabatan Ekonomi Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya fatimah_kari@um.edu.my fatimah_karie@gmail.com 03-79673661 |
Universiti Malaya (UM) |
8. |
Prof. Dr. Tamat Sarmidi |
Profesor |
Applied Macroeconomics with sub-specialization in Applied Econometrics, International Finance and International Economics |
Timbalan Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia Emel: tamat@ukm.edu.my |
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
9. |
Prof. Dr. Aini Aman |
Profesor |
Digital Economy, Accounting Information System, Global Business Services |
Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia aini@ukm.edu.my / fdep@ukm.edu.my |
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
KEPAKARAN |
UNIVERSITI / ORGANISASI |
INSTITUSI |
B. INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS) |
|||||
10. |
Dr. Teo Wing Leong |
Pensyarah Kanan |
Ekonomi |
Ketua Pusat Pengajian Ekonomi University of Nottingham Malaysia Emel: WingLeong.Teo@nottingham.edu.my |
University of Nottingham Malaysia |
11. |
Prof. Dr. Chong Shyue Chuan |
Profesor |
|
Pengarah, Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Centre) Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology ( TAR UMT) E-mel: chongshyuechuan@tarc.edu.my |
Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology ( TAR UMT) |
12. |
Prof. Madya Dr. Chin Mui Yin |
Profesor Madya |
Ekonomi Antarabangsa (International Economics) |
Pengarah Pusat Pengajian Lepasan Ijazah dan Penyelidikan (Centre for Postgraduate Studies and Research) Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) E-mel: chinmy@tarc.edu.my No. Telefon: 0166471637 |
Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) |
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
KEPAKARAN |
UNIVERSITI / ORGANISASI |
INSTITUSI |
13. |
Prof. Madya Dr. Foo Lee Peng |
Profesor Madya |
Ekonomi Pembangunan (Development Economics) |
Pengerusi Pusat Penyelidikan Perniagaan dan Dasar (Centre for Business and Policy Research) Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) E-mel: foolp@tarc.edu.my |
Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) |
14. |
Prof. Madya Dr. Wong Mei Foong |
Profesor Madya |
|
Pusat Penyelidikan Perniagaan dan Dasar (Centre for Business and Policy Research) Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) E-mel: wongmf@tarc.edu.my |
Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) |
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
KEPAKARAN |
UNIVERSITI / ORGANISASI |
INSTITUSI |
15. |
Dr. Arumugam A/L G Sithamparam |
Pensyarah Kanan |
Ekonomi Antarabangsa (Perdagangan Antarabangsa-Trade and Environment) |
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) E-mel: arumugam.gs@apu.edu.my |
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) |
Kemaskini terakhir pada: 29 November 2023 | Hits: 2807