Siaran Media 16 Senator Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara Berkuatkuasa Hari Ini
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

OLEH

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

16 SENATOR DILANTIK SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA BERKUATKUASA HARI INI


 

KUALA LUMPUR, 20 MAC – Enam belas Senator mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim hari ini. Lima Senator yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri ialah YB Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris (DUN Kedah berkuat kuasa 20 Mac 2023), YB Senator Tuan Musoddak bin Ahmad (DUN Kedah berkuat kuasa 20 Mac 2023), YB Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam (DUN P. Pinang berkuat kuasa 7 Mac 2023), YB Senator Tuan Amir Bin Ghazali (DUN P. Pinang berkuat kuasa 7 Mac 2023 dan YB Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail (DUN Terengganu)

11 orang Senator lagi merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong. Tempoh perkhidmatan mereka berkuatkuasa 20 Mac 2023. Mereka ialah YB Senator Dato' Sri Anifah Bin Aman @ Haniff Amman (WP Labuan), YB Senator Tuan Isaiah a/l D Jacob (WP Kuala Lumpur), YB Senator Tuan Manolan bin Mohamad (lantikan semula), YB Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan, YB Senator Prof. Datuk Seri Dr. Awang Bin Sariyan, YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli, YB Senator Dato' Sivaraj a/l Chandran, YB Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda,YB Senator Tuan Abun Sui Anyit, YB Senator Puan Noorita binti Sual dan YB Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead.

Tan Sri Rais dalam ucapannya menyatakan pelantikan 16 Senator pada hari ini telah menjadikan jumlah keseluruhan Ahli Dewan Negara sekarang adalah seramai 64 ahli. Beliau mengharapkan perjuangan sebagai Ahli Dewan Negara benar-benar dapat dilaksanakan mengikut lunas perlembagaan. Tan Sri Rais berkata, “setiap ahli perlu mempunyai sifat ulung iaitu setiap ahli perlu gemar dan kuat membaca, meneliti setiap isu dan rang undang-undang, menyalurkan buah fikiran demi kebaikan Malaysia dan seterusnya tanggungjawab membina negara bangsa.” “Setiap anggota dewan juga perlu melindungi, memelihara dan mempertahankan perlembagaan Malaysia di samping mencurahkan taat setiap tanpa berbelah bahagi”, katanya. “Sebagai sebuah dewan tertinggi negara (upper house), Dewan Negara mempunyai peranan yang sama dengan House of Lords di United Kingdom” kata Tan Sri Rais.

Beliau mengingatkan para senator tidak perlu merasa takut, khuatir dan berbelah bahagi dalam menegakkan kebenaran. “Para Senator juga hendaklah meneliti segala kuasa dan segala yang dicatat oleh Dewan Rakyat atau yang dibincangkan dalam Dewan Negara”, terang Tan Sri Rais. Tan Sri Rais juga turut menyentuh tentang kepentingan menghayati dan mengamalkan semula Rukun Negara. Ahli-ahli Dewan Negara hendaklah mengembleng tenaga dan menyemarakkan kembali rukun tersebut.

“Dimohon sebagai pemimpin ulung, apa yang kita lazimkan sebagai pengkhidmat awam di dewan ini, kita cari jalan supaya masyarakat kita lebih berbudi bahasa, berbudaya tinggi dan dapat mengulangi kecemerlangan lampau dalam kemerdekaan serta membina negara bangsa”, kata Tan Sri Rais. -TAMAT

 

20 Mac 2023
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur


Kemaskini terakhir pada: 21 Mac 2023 | Hits: 4865

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my