PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
KUALA LUMPUR, 21 Mac - Dewan Rakyat pada hari ini telah meluluskan usul untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Dewan Rakyat seperti berikut:
Dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas ini, adalah diharapkan agar Jawatankuasa-jawatankuasa ini dapat memainkan peranan yang lebih proaktif supaya mekanisme semak dan imbang dapat dilaksanakan dengan berkesan untuk menangani isu-isu akar rakyat dan negara. Ini adalah antara inisiatif untuk mereformasikan Parlimen sebagai badan penggubal undang-undang serta institusi ulung yang terhormat. Terkait dengan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) atau All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM), penubuhan KRPPM akan diteruskan dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
DATO’ JOHARI BIN ABDUL
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Kemaskini terakhir pada: 21 Mac 2023 | Hits: 1772