Siaran Media Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden Emomali Rahmon, Presiden Republik Tajikistan Oleh Yb Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  
 

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PRESIDEN EMOMALI RAHMON, PRESIDEN REPUBLIK TAJIKISTAN OLEH YB SENATOR DATUK NUR JAZLAN TAN SRI MOHAMED, TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

 

 

11 Jun 2024, Dushanbe, Tajikistan – YB Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Emomali Rahmon, Presiden Republik Tajikistan pada hari ini pada jam 5.30 petang waktu tempatan bertempat di Palace of Nation di Dushanbe, Republik Tajikistan.

Pada pertemuan tersebut, Presiden Emomali Rahmon telah merakamkan penghargaan beliau terhadap YB Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed yang telah hadir ke Tajikistan bagi menghadiri Third High-Level International Conference On International Decade For Action “Water For Sustainable Development” 2018-2028. Beliau juga telah menyatakan kepentingan serta hasrat beliau untuk mengukuhkan lagi jalinan serta hubungan erat antara Parlimen Republik Tajikistan dan Parlimen Malaysia.

Perbincangan kedua-dua pihak juga turut menyentuh pelbagai aspek dalam hubungan dua hala seperti pengukuhan hubungan perdagangan, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan antara kedua-dua buah negara. Terkait soal kerjasama di dalam sektor perniagaan,

Presiden Emomali Rahmon juga secara peribadi telah meluahkan rasa kagum dengan pembangunan pesat ekonomi negara.

Pada pertemuan tersebut juga, Presiden Emomali Rahmon telah menjemput Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri untuk mengadakan lawatan rasmi ke Republik Tajikistan.

YB Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed kini dalam rangka Lawatan Kerja ke Asia Tengah yang melibatkan lawatan ke Republik Uzbekistan, Republik Tajikistan dan Republik Kazakhstan bermula pada 6 hingga 16 Jun 2024.

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 12 Jun 2024 | Hits: 205

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my