Siaran Media Lawatan Rasmi TYT Dr. Nuriddin Ismoilov Speaker Of The Legislative Chamber Of The Oliy Majlis Of The Republic Of Uzbekistan Dan Delegasi Ke Parlimen Malaysia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  
 

LAWATAN RASMI TYT DR. NURIDDIN ISMOILOV

SPEAKER OF THE LEGISLATIVE CHAMBER OF THE OLIY MAJLIS OF THE REPUBLIC OF UZBEKISTAN DAN DELEGASI KE PARLIMEN MALAYSIA



 

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2024: Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Nuriddin Ismoilov, Speaker of the Legislative Chamber of the Oliy Majlis of the Republic of Uzbekistan sedang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula 1 hingga 4 Julai 2024. Lawatan kerja ini bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan baik dan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara Malaysia dan Republik Uzbekistan.

 

Ketibaan beliau telah disambut oleh YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di- Pertua Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Seterusnya beliau dan delegasi telah dijemput untuk memerhatikan sesi persidangan Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke- 15, Dewan Rakyat yang kini sedang berlangsung.

 

Satu sesi mesyuarat dua hala antara TYT Dr. Nuriddin Ismoilov dan YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama ahli Kumpulan Persahabatan Parlimen Malaysia bagi Asia Tengah turut diadakan untuk membincangkan kepentingan mempergiatkan kerjasama dua hala dan aktiviti dalam bidang legislatif antara kedua-dua negara, sektor pelancongan, TVET dan pertukaran mahasiswa. Mesyuarat tersebut turut membincangkan kepengerusian Parlimen Malaysia dalam AIPA pada 2025 dan TYT Dr. Nuriddin Ismoilov turut telah menyatakan dukungan Legislative Chamber of the Oliy Majlis terhadap hala tuju Parlimen Malaysia untuk bersama membangun rantau ASEAN yang makmur.

 

Terdahulu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengadakan lawatan rasmi ke Taskent pada April 2023 atas undangan Kerajaan Republik Uzbekistan sebagai pemerhati referendum perlembagaan, yang menyaksikan pindaan perlembagaan yang signifikan meliputi pembaharuan kepada hak sosial dan pentadbiran republik itu.

 

TYT Dr. Nuriddin Ismoilov turut mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini di Pejabat Ketua Majlis di Parlimen Malaysia, sebagai kesinambungan kepada lawatan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke Republik Uzbekistan pada Mei 2024 yang lalu.

 

Selain daripada itu, beliau dan delegasi turut dijadualkan untuk mengadakan pertemuan bersama YB. Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya dan YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir, Menteri Pengajian Tinggi. Hubungan yang terjalin bukan sahaja dalam bidang ekonomi serta cabang pentadbiran Kerajaan malah meliputi cabang legislatif antara kedua-dua negara.

 

2 JULAI 2024
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 3 Julai 2024 | Hits: 30

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.037 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my