Siaran Media Parlimen Malaysia Bawa Agenda Pembangunan Ekonomi Digital Asean Untuk Kelestarian Siber Dan Kemakmuran Bersama Sempena Mesyuarat Kaukus Perhimpunan Antara Parlimen Asean (AIPA) Ke-15
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  
 

PARLIMEN MALAYSIA BAWA AGENDA PEMBANGUNAN EKONOMI DIGITAL ASEAN UNTUK KELESTARIAN SIBER DAN KEMAKMURAN BERSAMA

SEMPENA MESYUARAT KAUKUS PERHIMPUNAN ANTARA PARLIMEN ASEAN (AIPA) KE-15

 

Bandar Seri Begawan, 10 Jun 2024—Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul telah mengadakan lawatan kerja ke Brunei Darulsalam sempena Tripartite Forum on Building a Vibrant Digital Economy in ASEAN: Strategies for Cyber Resilience and Shared Prosperity.

Forum tiga hala ini akan dihoskan oleh Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Brunei (the ASEAN Business Advisory Council of Brunei), Majlis Penasihat Perniagaan APEC Brunei (the APEC Business Advisory Council of Brunei) dengan sokongan Majlis Mesyuarat Negara Brunei dan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA).

Beliau dijadualkan akan menyampaikan ucaptama bertemakan Building a Vibrant Digital and Cyber Resilient ASEAN untuk membincangkan kesan transformasi digital ASEAN yang memberi kesan kepada sosio-ekonomi 400 juta pengguna digital di rantau itu, selain peranan ahli parlimen dalam bekerjasama dengan sektor awam dan swasta untuk memastikan masa depan digital ASEAN berkembang dengan mampan dan selamat.

Dalam sela lawatan kerja tersebut, Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga akan bertemu Setiausaha Agung AIPA, PYT Ar. Siti Rozaimeriyanty Dato Haji Abdul Rahman untuk membincangkan persiapan awal Parlimen Malaysia sebagai tuan rumah AIPA pada 2025.

 

Dalam kerangka lawatan kerja tersebut, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Ramli Mohd Noor telah bertemu TYT Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara Brunei.


Forum tiga hala itu telah dianjurkan sempena Mesyuarat Kaukus AIPA ke-15 yang akan bermula daripada 11 hingga 12 Jun bertemakan Strengthening ASEAN Cyber Resilience through Parliamentary Cooperation: Towards a Future of Safe and Vibrant Digital Economy. Mesyuarat itu akan dihadiri delegasi daripada negara anggota AIPA bagi membincangkan status pelaksanaan resolusi yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung AIPA ke-44 di Jakarta, Indonesia tahun lalu untuk mendukung komitmen ASEAN membangunkan ekonomi digital di seluruh rantau ini menjelang 2025 serta menyokong pembangunan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA).



 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Pn. Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11 Emel:
shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462 www.parlimen.gov.my


Kemaskini terakhir pada: 10 Jun 2024 | Hits: 201

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my