Siaran Media Program Jelajah Demokrasi Berparlimen: Kenegaraan Dan Patriotisme Peringkat Parlimen Lanang Bersama Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Puan Alice Lau Kiong Yieng Membuka Ruang Para Pelajar Mengenali Parlimen Malaysia Dengan Lebih Dekat
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  
 

PROGRAM JELAJAH DEMOKRASI BERPARLIMEN: KENEGARAAN DAN PATRIOTISME PERINGKAT PARLIMEN LANANG BERSAMA TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT, YB PUAN ALICE LAU KIONG YIENG MEMBUKA RUANG PARA PELAJAR MENGENALI PARLIMEN MALAYSIA DENGAN LEBIH DEKAT

 

 

10 Jun 2024, Sibu – YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini telah merasmikan Program Jelajah Demokrasi Berparlimen: Kenegaraan dan Patriotisme Peringkat Parlimen Lanang. Program anjuran Parlimen Malaysia ini melibatkan penyertaan daripada 44 orang pelajar tingkatan enam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya.

Program yang diadakan di UNIMAS Kampus Sibu bertujuan untuk menjelaskan kepada masyarakat setempat khususnya golongan muda mengenai peranan dan fungsi Parlimen Malaysia sebagai sebuah badan perundangan (Institusi Legislatif) negara kita serta memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai proses pengubalan undang-undang, pindaan undang-undang sedia ada, serta proses pengesahan dan pelaksanaan undang-undang persekutuan.

Menurut YB Puan Alice Lau Kiong Yieng dalam ucapan perasmian beliau, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Bermula dengan institusi keluarga, diikuti pula dengan pendidikan di sekolah dan akhirnya pembawaan masyarakat yang akan mencorak generasi pada masa hadapan kelak.

Program selama tiga hari dua malam ini melibatkan sesi taklimat pengenalan Parlimen Malaysia, taklimat peraturan dan prosiding dewan dan akan diakhiri dengan sesi simulasi persidangan Parlimen Malaysia yang akan melibatkan peserta-peserta yang hadir. Majlis perasmian pada hari ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik John Anak Francis Untam, Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu serta guru-guru pengiring.

Majlis penutup dan penyerahan sijil penyertaan kepada peserta akan disempurnakan oleh YB Puan Alice Lau Kiong Yieng pada 12 Jun 2024.


 

SIBU, SARAWAK

10 JUN 2024

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 12 Jun 2024 | Hits: 264

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my