Siaran Media Program Lawatan Kerja Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Ke Dewan Undangan Negeri Melaka
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  
 

PROGRAM LAWATAN KERJA

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA

 

 

MELAKA, 23 Julai 2024: YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini telah memulakan program lawatan kerja sehari ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan Dewan Undangan Negeri Melaka. Program lawatan kerja ini telah dilaksanakan bagi membincangkan urusan perjalanan persidangan legislatif yang akan menjadi isi utama Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 yang bakal berlangsung pada September 2024.

 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka di Wisma Negeri. Pertemuan pemimpin-pemimpin eksekutif dan legislatif ini telah membincangkan kerjasama dua hala antara Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri Melaka tentang ketatanegaraan, pembangunan kepimpinan belia, perkembangan serta pembangunan ekonomi Negeri Melaka, penaiktarafan kemahiran serta kecekapan tenaga kerja melalui latihan TVET.

 

Susulan kunjngan ke Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke Dewan Undangan Negeri Melaka, beliau yang diiringi oleh delegasi Parlimen Malaysia juga telah mengadakan lawatan kebudayaan ke Pameran Hang Tuah yang bertemakan “Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Tuah” di Melaka International Trade Centre (MITC).

 

Turut hadir bersama pada sesi lawatan tersebut YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat, delegasi Parlimen Malaysia dan wakil-wakil Dewan Undangan Negeri Melaka.

 

YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul akan meneruskan lawatan kerja beliau ke Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan pada hari esok, 24 Julai 2024 untuk bertemu dengan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun dan YB Speaker Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, Dato’ M K Ibrahim bin Abd Rahman di Wisma Negeri, Seremban.

 

Pautan gambar seperti berikut:

 

https://storage.parlimen.gov.my/sharing/gbwwn0SGv



 

23 JULAI 2024
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 24 Julai 2024 | Hits: 56

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my