SIARAN MEDIA PROGRAM LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI SEMENANJUNG SEMPENA PERSIDANGAN SPEAKER-SPEAKER PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SE-MALAYSIA TAHUN 2024
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  
 

      PROGRAM LAWATAN KERJA

     YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI SEMENANJUNG SEMPENA PERSIDANGAN

     SPEAKER-SPEAKER PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SE-MALAYSIA TAHUN 2024

 

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024: Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mengadakan  lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenanjung sempena dengan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 yang dijangka akan berlangsung pada September 2024.

Lawatan kerja yang akan bermula pada 23 Julai hingga 13 Ogos 2024 ini akan melibatkan pertemuan antara YB Tan Sri (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung untuk mempertingkatkan dialog pertukaran pandangan serta mengenalpasti cabaran-cabaran pengurusan sidang DUN dan pemerkasaan institusi legislatif yang boleh dilaksanakan. Ini akhirnya disasarkan akan membangun institusi legislatif yang berkesan, bertanggungjawab serta telus disamping memastikan proses pembuatan keputusan yang responsif, inklusif serta mempunyai penyertaan dan perwakilan di semua peringkat.

“Merakyatkan Parlimen” juga merupakan agenda utama Parlimen Malaysia dan wawasan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk memastikan agar rakyat Malaysia meneladani konsep kenegaraan termasuk fungsi utama institusi legislatif dan peranan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam proses penggubalan undang-undang.

 

Lawatan kerja ini dijadualkan akan membuka tirainya dengan pertemuan Yang di-Pertua Dewan Rayat dengan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof serta Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum pada 23 Julai 2024. Manakala pada 24 Julai 2024, Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun dan  Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB Dato’ MK Ibrahim Bin Abd Rahman.

   
 

22 JULAI 2024
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 22 Julai 2024 | Hits: 67

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my