Siaran Media Yang Di-Pertua Dewan Negara Malaysia Dan Algeria Tingkat Hubungan Dua Hala Dalam Pelbagai Bidang
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

OLEH

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
 

MALAYSIA DAN ALGERIA TINGKAT HUBUNGAN DUA HALA DALAM PELBAGAI BIDANG 

 

 

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Algeria ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Saad Maandi di Parlimen hari ini. Kunjungan tersebut membincangkan antara lain berkenaan hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia yang perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.  Pada masa ini Algeria banyak mengeksport bekalan bahan-bahan kimia dan kurma ke negara ini. Dalam pertemuan itu, Tan Sri Rais juga turut mencadangkan agar Malaysia menghantar wakil ke Algeria untuk memperkenalkan kebudayaan dan kesenian Malaysia ke Algeria di samping mempelajari kebudayaan masyarakat di negara itu. - TAMAT

 

 

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara

Tarikh:  16 Februari 2023


Kemaskini terakhir pada: 16 Februari 2023 | Hits: 904

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my