Siaran Media Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Dan Mp Dwi Partisan Malaysia Mulai Lawatan Rasmi Untuk Tingkat Kepakaran Ke United Kingdom Dan Ireland
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

 

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT DAN MP DWI PARTISAN MALAYSIA MULAI LAWATAN RASMI UNTUK TINGKAT KEPAKARAN KE UNITED KINGDOM DAN

IRELAND

 

 

Kuala Lumpur, 22 April 2024--Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, akan mengetuai delegasi Parlimen Malaysia dalam lawatan rasmi ke United Kingdom dan Republik Ireland dari 23 April hingga 2 Mei 2024. Lawatan ini bertujuan untuk memperdalam pemahaman tentang tadbir urus parlimen, memupuk kerjasama, dan mengukuhkan hubungan antara parlimen UK, Ireland dan Malaysia.

 

Sebagai komitmen Dewan Rakyat terhadap keterangkuman dan kerjasama dalam hal ehwal parlimen, antara ahli-ahli Parlimen yang mengiringi Yang di-Pertua Dewan Rakyat ialah YB Tuan William Leong Jee Keen, MP Selayang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, YB Puan Rodiyah binti Sapiee, MP Batang Sadong merangkap Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan serta YB Tuan Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam bin Khirudin YB Jerantut merangkap Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi.

 

Sepanjang program ini, para delegasi akan terlibat dalam beberapa siri perbincangan, bengkel dan mesyuarat yang dirangka untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam hal ehwal parlimen. Ini selaras dengan objektif lawatan rasmi ini yang bertujuan untuk memperkasakan delegasi Parlimen Malaysia agar dapat menyumbang kepakaran secara berkesan kepada fungsi parlimen masing-masing.

 

Antara beberapa sasaran utama lawatan rasmi ini termasuk:

 

  • Mempertingkat Kefahaman Mengenai Tadbir Urus Parlimen: Para delegasi akan memperkaya kepakaran tentang tadbir urus parlimen dan konsep pengasingan kuasa serta pelaksanaan asas bagi proses penggubalan undang- undang yang berkesan.

 

  • Mempertingkat Kefahaman Mengenai Struktur dan Proses Jawatankuasa Pilihan Khas: Lawatan ini akan memperdalam kepakaran para delegasi mengenai struktur jawatankuasa pilihan khas dan proses untuk menjalankan pertanyaan serta melancarkan proses pembuatan keputusan yang lebih bermaklumat dalam jawatankuasa parlimen.

 

  • Perkongsian Amalan Terbaik untuk Perjalanan Dewan Rakyat: Para delegasi akan bertukar pandangan mengenai amalan baik untuk perjalanan Dewan Rakyat, termasuk sesi soal jawab dan perbahasan yang berkualiti di samping memastikan agar perjalanan sidang Dewan Rakyat berfungsi dengan berkesan.

 

  • Mengukuhkan Hubungan Antara Parlimen: Lawatan ini bertujuan untuk memupuk hubungan yang lebih erat antara ahli parlimen UK, Ireland dan Malaysia serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman bersama.

 

Dalam kerangka lawatan rasmi ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan terlibat dalam beberapa mesyuarat dan libat urus yang penting:

 

  • Pertemuan dengan Pengurusan Parlimen UK: Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan bertemu dengan rakan sejawatannya, Tuan Yang Terutama Sir Lindsay Hoyle, Speaker of the House of Commons, dan Tuan Stephen Twigg, Ketua Eksekutif Persatuan Parlimen Komanwel (CPA), untuk meneroka peluang kerjasama dan mengukuhkan hubungan antara parlimen Malaysia dan UK.
 
  • Lawatan Rasmi ke Dublin, Ireland: Memenuhi jemputan Parlimen Ireland (Parlaimint na hÉireann), Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mengadakan beberapa kunjungan hormat ke atas Presiden Ireland, TYT Michael D. Higgins untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Ireland. Selain itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan dijadualkan untuk bertemu TYT Seán Ó Fearghaíl, Speaker Dáil Éireann (Ceann Comhairle Dáil Éireann) dan TYT Senator Jerry Buttimer, Speaker Seanad Éireann (Cathaoirleach of Seanad Éireann).

 

  • Lawatan ke Universiti Lancaster: Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan menyampaikan syarahan umum bertajuk "ASEAN-UK in the Asian Century" kepada pelajar di Universiti Lancaster, serta mengukuhkan usaha hubungan dialog dua hala dan pertukaran kepakaran antara ahli akademik dan wakil parlimen.
  •  

Lawatan ini merupakan antara salah satu usaha berterusan Parlimen Malaysia terhadap mempertingkat kepakaran, kerjasama antarabangsa, dan pemupukan nilai demokrasi. Dengan pertukaran pengetahuan dan pengalama, ini akan memantapkan kepakaran ahli-ahli parlimen agar dapat memainkan peranan penting demi memajukan demokrasi berparlimen di Malaysia.

 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Pn. Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11 Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462


Kemaskini terakhir pada: 22 April 2024 | Hits: 215

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 03/05/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my