Siaran Media Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ketuai Delegasi Parlimen Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Ke Jepun
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

 

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KETUAI DELEGASI PARLIMEN MALAYSIA
UNTUK LAWATAN RASMI KE JEPUN

 

 

Kuala Lumpur, 31 Mei 2024--Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul akan mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun atas undangan rakan sejawat beliau, TYT Fukushiro Nukaga bermula 3 hingga 7 Jun 2024.
 

Lawatan rasmi ini disasarkan untuk memperkukuh hubungan antara Parlimen Malaysia dengan Parlimen Jepun susulan peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
 

Lanjutan itu, lawatan rasmi ini menyasarkan untuk memperkukuh kerjasama ASEAN- Jepun dalam pelbagai bidang khususnya pertukaran kepakaran dalam keterjaminan makanan, perubahan iklim dan pembangunan mampan menjelang kepengerusian Parlimen Malaysia dalam Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada tahun 2025.
 

Turut menyertai delegasi ini adalah Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa, YB Tuan Sim Tze Sin (Bayan Baru), Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan, YB Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) dan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, YB Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli (Jempol).

 

Dalam kerangka lawatan rasmi ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga dijadualkan akan mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Hidehisa Otsuji, President of the House of Councillors di Parlimen Jepun (National Diet of Japan) pada 4 Jun 2024.
 

Selain itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan bertemu Menteri Transformasi Digital Jepun untuk memperkukuh kerjasama dua hala antara institusi legislatif dengan eksekutif dalam penggubalan undang-undang kecerdasan buatan dan keselamatan siber.
 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa Malaysia yang menuntut di Jepun serta mahasiswa Jepun daripada Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) di Tokyo untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam isu-isu berkepentingan mahasiswa, ketatanegaraan serta pembangunan kepimpinan belia.
 

Selain itu, lawatan rasmi ini akan memperkukuh kerjasama Malaysia-Jepun dalam bidang pertanian mampan melalui lawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke Japan International Research Centre for Agricultural Sciences (JIRCAS) dan untuk meneroka peluang penyelidikan dan inovasi dalam bidang rawatan kanser melalui lawatan beliau ke Osaka Heavy Ion Therapy Centre di Osaka.


 

Untuk sebarang pertanyaan media,
sila hubungi:
Pn. Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11 Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462


Kemaskini terakhir pada: 1 Jun 2024 | Hits: 314

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my