1. |
Apakah fungsi Parlimen? |
|
Parlimen adalah badan perundangan bagi Kerajaan Persekutuan yang melulus dan meminda undang- undang Persekutuan, memeriksa dasar-dasar kerajaan serta meluluskan bajet kerajaan dan cadangan cukai yang baru. |
2. |
Bilakah Parlimen bersidang untuk kali pertama? |
|
Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Pertama telah diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang yang kini dikenali sebagai Pusat Pelancongan Malaysia atau MaTiC.
|
3. |
Bilakah bangunan Parlimen Malaysia dirasmikan? |
|
Bangunan Parlimen telah dirasmikan pada 2 November 1963.
|
4. |
Berapakah bilangan Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat? |
|
Bilangan Ahli Dewan Negara adalah tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 45, Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak melebihi daripada 70 orang ahli pada satu-satu masa, dengan kadarnya seperti berikut:
Tempoh jawatan seseorang Senator (Ahli Dewan Negara) ialah tiga tahun dan boleh dilanjutkan kepada dua penggal yang mana Dewan Negara tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen.
Bilangan Ahli Dewan Rakyat adalah tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 46, Perlembagaan Persekutuan iaitu seramai 222 orang yang dipilih melalui sistem pilihan raya.
|
5. |
Siapakah yang boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat? |
|
Yang di-Pertua Dewan Negara dilantik berdasarkan kepada Fasal (1) Perkara 56, Perlembagaan Persekutuan dan beliau dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Negara itu sendiri. Manakala Yang di-Pertua Dewan Rakyat dilantik berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1) (a) Perkara 57, Perlembagaan Persekutuan dan beliau boleh dipilih daripada kalangan Ahli Dewan ataupun seseorang yang layak dipilih menjadi Ahli.
|
6. |
Siapakah yang boleh dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat? |
|
Berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1) Perkara 56, Perlembagaan Persekutuan, seorang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Negara. Bagi Dewan Rakyat, dua orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah dilantik berdasarkan kepada Fasal (1) (b) Perkara 57 yang mana mereka dipilih daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat.
|
7. |
Apakah peraturan yang diguna pakai ketika perbahasan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat? |
|
Peraturan yang diguna pakai ketika perbahasan di Dewan Negara adalah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara dan bagi Dewan Rakyat, peraturan yang diguna pakai adalah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
|
8. |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "Penggal Parlimen"? |
|
Secara umumnya, “penggal” adalah tempoh permulaan sidang Parlimen hingga penghujung persidangan pada setiap tahun.
|
9. |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "mesyuarat"? |
|
Mesyuarat adalah persidangan Majlis yang bermula dari persidangan pertama apabila ia dipanggil pada bila-bila masa untuk bersidang dan berakhir setelah Majlis ditangguhkan selama lebih dari 14 hari atau apabila tarikh untuk persidangan berikutnya tidak ditetapkan atau setelah penggal Parlimen diprorog.
|
10. |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "persidangan"? |
|
Persidangan merujuk kepada mesyuarat Majlis. Persidangan bermula dan berakhir pada waktu yang ditetapkan di bawah Peraturan Mesyuarat, kecuali dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua atau diubah dengan Usul oleh Menteri.
Persidangan Majlis adalah satu hari mesyuarat yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang dan disambung semula pada pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang.
|
11. |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "prorog"? |
|
Prorog adalah tamatnya satu penggal Parlimen untuk digantikan dengan penggal yang berikutnya.
|
12. |
Bilakah Parlimen boleh dibubarkan? |
|
Pembubaran Parlimen adalah berdasarkan kepada Fasal (3) Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa Parlimen boleh dibubarkan selepas 5 tahun dari tarikh Mesyuarat Pertama atau pada bila-bila masa yang lebih awal.
|
13. |
Bagaimanakah rang undang-undang menjadi undang-undang? |
|
Sebelum sesuatu rang undang-undang diluluskan menjadi undang-undang, ia mesti melalui proses di bawah:
|
14. |
Apakah prosedur untuk melawat Parlimen Malaysia? |
|
Semua pelawat sama ada individu atau berkumpulan, institusi dan pertubuhan dalam dan luar negara boleh mengunjungi Parlimen Malaysia.
Lawatan hanya dibenarkan semasa hari dan waktu bekerja sahaja. Pelawat yang ingin membuat permohonan lawatan perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan seperti berikut:
Bahagian Komunikasi Korporat Aras 4, Blok Ahli Parlimen & Pentadbiran Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur Tel: +(603) 2072 1955 / +(603) 2601 7222 Emel: info@parlimen.gov.my / pro@parlimen.gov.my
|
|
KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA
|
|
LELAKI:
WANITA:
PELAJAR SEKOLAH:
|
|
PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN
|
|
PELAWAT TIDAK DIBENARKAN:
|
|
Pelawat dikehendaki menepati masa lawatan yang telah dipersetujui.
Pelawat akan memasuki bangunan Parlimen selepas mereka melalui pemeriksaan keselamatan rapi dan melalui mesin pengimbas bagi tujuan keselamatan di Pintu 7.
|
Kemaskini terakhir pada: 26 Oktober 2021 | Hits: 744993