“THE THIRD HIGH-LEVEL INTERNATIONAL CONFERENCE ON THE INTERNATIONAL DECADE FOR ACTION “WATER FOR SUSTAINABLE DEVELOPMENT”, 2018 – 2028”
control 1control 2control 3
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed telah menghadiri persidangan‘The Third High-Level International Conference on the International Decade for Action “Water for Sustainable Development”, 2018 – 2028 di Dushanbe, Tajikistan pada 10 Jun 2024.

Sewaktu persidangan tersebut, YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed telah mengambil peluang menyatakan pendirian Malaysia dalam soal dasar dan pengurusan air melibatkan beberapa aspek penting, termasuk dasar konservasi, keperluan sistem pengagihan air secara efisien, kawalan sistem banjir, pembangunan ekonomi, kerjasama antarabangsa serta pengurusan sumber alam yang mampan.

Secara keseluruhan, pendirian Kerajaan Malaysia dalam soal dasar dan pengurusan air adalah untuk memastikan kelestarian sumber air negara terjamin serta memastikan penggunaan yang efisien dan adil untuk keperluan semasa dan pada masa hadapan.

Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
Parlimen Malaysia

Kemaskini terakhir pada: 26 Jun 2024 | Hits: 60

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my