YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT HADIR PADA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON SELATAN DAN SETAHUN EKONOMI MADANI
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah hadir pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi MADANI yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Johor Bahru semalam.

Dalam ucapan perasmian, YAB Perdana Menteri menjelaskan bahawa Program MADANI Rakyat 2024 dianjurkan bagi memberi ruang pada rakyat untuk melihat dan menilai sendiri perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan.

Seterusnya, YAB Perdana Menteri turut melancarkan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 2.0 selama setahun bagi tahun ini sehingga 2025 yang bertujuan memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar di negara ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengambil peluang meluangkan masa melawat Reruai Perkhidmatan Kementerian dan Agensi sambil menyantuni para pengunjung dan petugas program.

Turut hadir YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
18 Ogos 2024

kredit foto: Ahmad Afifi

Kemaskini terakhir pada: 20 Ogos 2024 | Hits: 1322

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/09/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.015 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my