YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN PERKHIDMATAN PERTAHANAN ASIA (DSA) DAN PAMERAN KESELAMATAN KEBANGSAAN (NATSEC) ASIA 2024
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menghadiri majlis perasmian Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di MITEC, Kuala Lumpur semalam.

Pameran NATSEC Asia ini berfungsi sebagai satu platform untuk meningkatkan kemampuan agensi berkaitan di Malaysia melalui pengenalan kepada teknologi baharu dalam bidang keselamatan, ketenteraman awam dan penguatkuasaan.

Mendukung prinsip kebersamaan semua pihak dalam memastikan keamanan dunia lebih selamat serta stabil untuk generasi akan datang.

Pameran DSA 2024 merupakan pameran yang ke-18 dalam siri penganjurannya manakala NATSEC Asia 2024 merupakan penganjuran kali ketiga diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur dari 6 hingga 9 Mei 2024.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
7 Mei 2024

Kredit Foto: Afifi

Kemaskini terakhir pada: 17 Mei 2024 | Hits: 262

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my