YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT PERTEMUAN BERSAMA SETIAUSAHA AGUNG AIPA
control 1control 2control 3
Sebagai persiapan Malaysia menjadi Presiden AIPA Tahun 2025, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’(Dr.) Johari bin Abdul telah mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung AIPA, Ar. Siti Rozaimeriyanty Dato Haji Abdul Rahman.

Antara perkara yang dibincangkan adalah persediaan Presidensi AIPA Malaysia Tahun 2025, termasuk cadangan untuk mengadakan Forum Tripartite AIPA yang kedua di Malaysia sempena kepengerusian AIPA-Malaysia, isu berkaitan perubahan iklim, keselamatan siber, dan transformasi digital.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga menyatakan sokongan Malaysia kepada inisiatif berterusan AIPA dalam memperjuangkan penyertaan kepimpinan politik wanita, pelaburan yang bertanggungjawab dalam sektor pertanian, makanan dan perhutanan.

Sebelum sesi pertemuan selesai, Yang di-Pertua juga menjemput Setiausaha Agong AIPA ke Malaysia bagi pertemuan dan taklimat awal bersama  Sekretariat Induk AIPA- Malaysia dan Ahli Parlimen Malaysia.

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Kemaskini terakhir pada: 26 Jun 2024 | Hits: 599

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/12/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my