YB DATUK AZHAR HARUN DAN YB DATO’ SRI AZALINA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 17 Mac — YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19. YB Datuk menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL), Jalan Temerloh, Titiwangsa di sini, yang merupakan antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi program imunisasi di Malaysia. Turut bersama menerima suntikan vaksin ialah YB Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Kehadiran YB Datuk Azhar dan YB Dato’ Sri Azalina di KKKL pada jam 10.00 pagi disambut oleh Pegawai Perubatan, YBhg. Datuk Dr. Murugesu a/l Raju dengan penerangan terperinci serta melalui 5 peringkat saringan untuk gejala dan suhu, pendaftaran suntikan, konsultasi dan seterusnya peringkat pemerhatian.

Sesi penerimaan suntikan vaksin COVID-19 bagi kedua-dua YB telah diketuai YBhg. Datuk Dr. Murugesu a/l Raju dan petugas perubatan terdiri daripada Dr. Muhammad Ezrin bin Shafie; Pegawai Perubatan, Puan Maimun binti Mohamed; Jururawat Terlatih, Puan Armanoridayu binti Mamat; Jururawat Terlatih serta Puan Nor Nazuha binti Ismail, Ketua Jururawat. – BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar penuh https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1245&time=1


Kemaskini terakhir pada: 22 Mar 2021 | Hits: 727

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
LAST_UPDATE: 07/05/2021.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2021 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.042 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my