YPDR KUNJUNGI PRESIDEN TURKMENISTAN
control 1control 2control 3
KUALA LUMPUR, 8 November – YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Gurbanguly Berdimuhamedov, Presiden Turkmenistan di Hotel Shangri-La, di sini. 


YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat berjabat tangan dengan TYT Gurbanguly Berdimuhamedov, Presiden Turkmenistan pada kunjungan hormat beliau ke atas presiden berkenaan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Antara intipati kunjungan hormat berkenaan adalah untuk merapatkan hubungan dua hala di antara Mejlis (Parlimen) Turkmenistan dan Parlimen Malaysia selain bertukar pandangan tentang amalan terbaik kedua-dua Parlimen.


YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat ketika sesi kunjungan hormat beliau ke atas TYT Gurbanguly Berdimuhamedov, Presiden Turkmenistan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

TYT Gurbanguly Berdimuhamedov kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula Isnin. Ini adalah lawatan kali kedua Berdimuhamedov ke Malaysia selepas lawatan pertama beliau di negara ini pada 2011.

Kemaskini Terakhir pada: 11 November 2016 | Hits: 14107

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my