Bangunan Parlimen Malaysia - Pembangunan Akan Datang
control 1control 2control 3
Projek Pembangunan Parlimen Malaysia akan dilaksanakan secara berterusan dan berfasa sehingga tahun 2016. Mengikut perancangan, perlaksanaan projek akan datang melibatkan kerja-kerja membaikpulih Blok Utama, Blok Menara dan pembinaan Blok Ahli Parlimen dan Pejabat Pentadbiran.

Kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf Blok Utama telah bermula pada 1 Ogos 2014. Kerja-kerja membaikpulih Blok Utama perlu dilaksanakan bagi memastikan jangka hayat bangunan dapat ditingkatkan dan keselamatan Ahli Parlimen dan Kakitangan yang bertugas di bangunan tersebut lebih terjamin.

Memandangkan fungsi asal Blok Menara telah diubah dari Pejabat Menteri dan Ahli Parlimen kepada Pejabat Pentadbiran, kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf blok ini perlu dilaksanakan bagi memastikan struktur bangunan tersebut dapat ditingkatkan dan kemudahan sistem mekanikal dan elektrikal yang terkini dapat diwujudkan pada tahun 2016.

Di bawah Pelan Pembangunan Projek Parlimen Malaysia, sebuah Blok Ahli Parlimen dan Pejabat Pentadbiran beserta kemudahan infrastruktur akan mula dibina pada bulan September 2015. Dengan perlaksanaan projek di bawah fasa ini, kemudahan-kemudahan yang lebih kondusif bagi Ahli Parlimen, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, Media dan Kakitangan Parlimen akan dapat direalisasikan.

Memandangkan Bangunan Parlimen Malaysia telah diwartakan sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan, kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf perlu mematuhi syarat-syarat pemuliharaan yang ditetapkan oleh Jabatan Warisan Negara. Dijangkakan dengan perlaksanaan projek pembangunan ini, Bangunan Parlimen akan menjadi salah satu tumpuan utama pelancong dalam dan luar Negara.
 

Kemaskini Terakhir pada: 13 Ogos 2015 | Hits: 9846

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 10/07/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.027 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my