Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan.

Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.

Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat.

Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.
 

Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen Keempat Belas

Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 78(1)

  Yang Berhormat Datuk Azhar Azizan Harun 
Yang di-Pertua Dewan Rakyat  

Ahli
1 Yang Berhormat Dato' Hj. Ahmad Nazlan bin Idris
Ahli Parlimen Jerantut
 
2 Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun 
Ahli Parlimen Beaufort 
 
3 Yang Berhormat Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
Ahli Parlimen Batang Sadong
 
4 Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Ahli Parlimen Kuala Terangganu 
 
5 Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Sungai Buloh
 
6 Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut
 

Kemaskini terakhir pada: 18 Oktober 2021 | Hits: 34807

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 02/12/2021.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2021 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my