Kenyataan Media Oleh Yb Dato' Ramli Bin Dato Mohd' Nor Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat I Ahli Parlimen Cameron Highlands
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

       KENYATAAN MEDIA

OLEH

YB DATO' RAMLI BIN DATO MOHD' NOR TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT I AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS


KUALA BETIS, 24 JANUARI - YB Dato' Ramii bin Dato' Mohd Nor, Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat I telah diundang oleh Jabatan Kemajuaan Orang Asli (JAKOA) ke Majlis Perjumpaan Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Kelantan yang bertujuan bagi memperolehi informasi berkaitan pemasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli tempatan.

  1. Pada sesi tersebut kepimpinan masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada Penghulu dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Keselamatan Kampung Orang Asli (JPPKOA) telah membangkitkan isu ekonomi (pendapatan dividen) penduduk setempat di Ladang Tanaman Semula Komersial (TSK) Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Orang Asli Kuala Betis, Gua Musang selain isu ketirisan dan kecurian buah kelapa sawit yang dilaporkan adalah serius di Ladang TSK.
  2. YB Dato' Ramli juga berpandangan perkara ini merupakan salah satu sabotaj terhadap ekonomi masyarakat Orang Asli dan menyarankan isu tersebut perlu dipandang serius dan tindakan segera perlu diambil. Saranan kepada pihak kontraktor yang terlibat iaitu RISDA Plantation Sendirian Berhad dan pihak JAKOA untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut. Jika terdapat terbukti, tindakan perundangan akan diambil dengan sewajarnya.
  3. Selain itu, YB Dato' Ramli turut menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat apabila penjenayah tersebut berjaya ditangkap dan didakwa dimahkamah.

 

 

 

                                                    JALAN PARLIMEN, 50680 KUALA LUMPUR

Tel.: 03-26017398 / 03-20261850 Fax : 03-20201770


Kemaskini terakhir pada: 27 Januari 2023 | Hits: 1286

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my