KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI JEPUN KE ATAS YPDN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 26 Ogos – Yang di-Pertua Dewan Negara (YPDN), YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran hari ini menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Negara Jepun yang diketuai oleh Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, TYT Hiroto Izumi di Bilik Kunjungan Hormat, Dewan Persidangan, di sini.


Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran membincangkan sesuatu dengan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, TYT Hiroto Izumi pada kunjungan hormat berkenaan.

TYT Hiroto Izumi tiba di perkarangan Parlimen sekitar jam 2.30 petang dan pertemuan itu berlangsung kira-kira satu jam. 
 

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, TYT Hiroto Izumi menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran.
 

Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran bergambar kenangan bersama Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, TYT Hiroto Izumi dan para delegasi. Turut kelihatan, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad dan Ahli-ahli Dewan Negara.

Delegasi seramai enam belas orang itu turut disertai oleh Duta Besar Negara Jepun ke Malaysia, TYT Dr. Makio Miyagawa.

Kemaskini Terakhir pada: 1 September 2016 | Hits: 6176

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my