PROJEK PEMBANGUNAN FASA 3A
control 1control 2control 3
  • Maklumat Asas Kontrak Fasa 3A

    Selanjutnya
  • Majlis Penyerahan Projek Fasa 3A

    Selanjutnya
  • Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Dan Baikpulih Bangunan Parlimen Malaysia (Fasa 3A) telah berlangsung dengan jayanya di Marquee Tent, perkarangan Dewan Sementara Parlimen Malaysia pada 18 Julai 2017 (Selasa).

    Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) YBrs. En. Kamaluddin bin Hj. Abd Rashid kepada wakil Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman.

    Fasa 3A projek ini adalah antara beberapa fasa projek yang telah dilaksanakan JKR bertujuan untuk memastikan infrastruktur kompleks Parlimen Malaysia adalah “up to date” dari segi integriti teknikal dan keselamatan bangunan, serta mewujudkan sistem sokongan mekanikal dan elektrikal yang lebih efisyen yang seiring dengan kemajuan teknikal mutakhir.

    Projek ini telah dilaksanakan di atas tapak seluas 6.71 ekar secara konvensional dalaman dengan kos sebanyak hampir RM22.6 Juta. Kontraktor utama, syarikat SPA Integrated Sdn Bhd telah dilantik melalui perolehan secara tender terbuka. Pembinaan telah dimulakan pada 3 November 2014 dan telah disiapkan pada tarikh siap asal adalah pada 2 November 2016 tanpa sebarang lanjutan masa.

    Antara kemudahan yang disediakan dalam Fasa 3A adalah:
    i) blok mekanikal dan blok elektrikal yang menempatkan peralatan M&E yang terkini kemudahan yang menggantikan blok annex yang lama
    ii) pejabat nurseri yang lengkap dan selesa,
    iii) stor-stor peralatan yang lebih tersusun;
    iv) pondok pengawal dan rumah sampah di lokasi yang lebih strategik, serta;
    v) sebuah terowong bawah tanah sepanjang hampir 100m yang mengintegrasikan kesemua infrastruktur sebagai sokongan kepada blok-blok utama yang lain di kompleks Parlimen ini.


Kemaskini Terakhir pada: 3 Oktober 2019 | Hits: 7644

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 26/11/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my